Monday, June 22, 2009

Kredit BM syarat lulus SPM wajar

KUALA LUMPUR 21 Jun - Cadangan mewajibkan pelajar lulus di peringkat kredit bagi mata pelajaran Bahasa Melayu (BM) sebagai syarat layak memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) amat wajar dilaksanakan.

Presiden Persatuan Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Mohamad Ali Hassan berkata, ia berupaya menjadi penanda aras kepada penguasaan lebih baik bahasa kebangsaan itu di kalangan pelajar.

''Ia tidak sukar dilaksanakan dan tidak membebankan pelajar kerana sepatutnya kita sebagai rakyat Malaysia mahir menguasai bahasa Melayu,'' katanya ketika dihubungi.

Beliau mengulas syarat Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) yang bersetuju dengan cadangan mewajibkan calon SPM perlu lulus Bahasa Inggeris jika kerajaan memenuhi lapan tuntutan mereka.

Gapena antaranya mahu BM diwajibkan lulus peringkat kredit untuk mendapat SPM.

Mohamad Ali berkata, PIBGN menyokong penuh cadangan Gapena itu kerana ia akan dapat memperkukuhkan penguasaan bahasa itu di kalangan pelajar.

Sementara itu, Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Anuar Syed Mohamad yang turut menyokong cadangan itu yakin langkah tersebut akan meningkatkan mutu dan prestasi pelajar menguasai mata pelajaran itu.

''Bahasa Melayu juga akan dapat dimartabatkan ke tahap lebih baik sekiranya langkah ini dilaksanakan,'' katanya. (petikan akhbar UTUSAN MALAYSIA,21 JUN 09)

Sambutan Hari Guru Peringkat IPDA

Sambutan Hari Guru Peringkat IPGM Kampus Darulaman akan diadakan pada 24 JUN 2009 pada pukul 8 pagi bertempat di Dewan Besar IPDA..Majlis juga akan berlangsung pada sebelah petang iaitu bermula pada 2.30 petang...Smua diwajibkan hadir dengan berpakaian rasmi ...Harap maklum...

MaTh JoKeS

A mathematician belives nothing until it is proven
A physicist believes everything until it is proven wrong
A chemist doesn't care
biologist doesn't understand the question.

Tuesday, June 9, 2009

Wajib lulus Inggeris dalam SPM langkah yang baik - Dr.M



Lim Kok Wing menyampaikan Ijazah Doktor Kehormat Kemanusiaan kepada Dr. Mahathir Mohamad di Cyberjaya, semalam.

CYBERJAYA 8 Jun - Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan cadangan mewajibkan pelajar lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah langkah yang baik demi masa depan generasi akan datang.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, langkah tersebut membolehkan para pelajar menyiapkan diri dengan proses globalisasi dan memastikan mereka mendapat jaminan peluang pekerjaan.

''Akhirnya ia adalah terpulang kepada ibu bapa untuk membuat keputusan kerana perkara itu melibatkan masa depan anak-anak mereka dan bukannya kerajaan.

''Tanpa penguasaan yang kuat dalam bahasa itu , adalah sukar untuk para pelajar menyambung pengajian ke luar negara dan menjamin peluang pekerjaan kerana mereka perlu mempunyai kebolehan berinteraksi dengan baik di peringkat antarabangsa," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima anugerah Ijazah Doktor Kehormat bagi Kemanusiaan daripada Universiti Kreatif dan Teknologi Limkokwing (LUCT) di sini hari ini.

Dr. Mahathir mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini yang melontarkan persoalan sama ada pelajar perlu wajib lulus mata pelajaran bahasa Inggeris bagi SPM atau kekal seperti amalan sekarang.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran mahu masyarakat memberikan maklum balas kepada kerajaan mengenai persoalan itu dan beliau juga akan menjelaskan perkara tersebut kepada kementeriannya.

Menurut Dr. Mahathir, pihak yang menolak cadangan itu adalah mereka yang mementingkan soal politik dan bukannya pendidikan.

''Mereka tidak berminat dengan pendidikan anak-anak atau soal mendapatkan ilmu sebaliknya apa yang mereka mahukan ialah sejauh mana mereka mendapat sokongan.

''Saya bimbang, jika mereka menolaknya, negara ini akan hancur," katanya.

Mengenai penangguhan keputusan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Dr. Mahahir berkata, beliau kecewa sekiranya kerajaan memutuskan untuk menggunakan semula bahasa Malaysia.

''Jika itulah jadinya, pada masa depan semua orang Melayu dan rakyat Malaysia akan jadi bodoh," katanya. (Petikan daripada Utusan Malaysia, 8 Jun 2009)

Monday, June 8, 2009

Guru Agen Patriotisme...



Baru-baru ini, rakyat Malaysia digemparkan dengan berita cadangan daripada beberapa individu untuk membawa pulang Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng yang merupakan individu yang bertanggungjawab terhadap kekejaman yang berlaku di Tanah Melayu. Cadangan ini hadir daripada individu-individu yang tidak mengenal sejarah tanah air dan tidak mempunyai sifat cintakan negara atau semangat patriotisme di dalam diri mereka. Sebagai seorang guru, tidak kira guru Matematik, guru Sains atau guru subjek apa sekalipun perlu menerapkan sifat cintakan tanah air di kalangan anak bangsa kita kerana guru adalah murabbi dan muallim yang bukan sekadar menyampaikan ilmu malah kita menjadi suara bagi negara tercinta ini. Pastikanlah bahawa Peristiwa Bukit Kepong dan Peristiwa 13 Mei 1969 tidak akan berualang di bumi keramaat ini. Saya menulis rencana ini sekadar untuk meluahkan kekecewaan saya tentang sikap segelintir anak Malaysia, yang lahir di Malaysia yang lupa tentang kepayahan pejuang-pejuang bangsa dalam menumpahkan keringat dan menyabung nyawa mereka mereka bagi mencapai kemerdekaan yang akhirnya melahirkan sebuah negara merdeka yang diberi nama 'Malaysia'...Aku Guru Malaysia, Kita Guru Malaysia, Kami Guru Malaysia !!!

Thursday, June 4, 2009

MaTh JoKeS



"Students nowadays are so clueless", the math professor complains to a colleague.
"Yesterday, a student came to my office hours and wanted to know if General Calculus was a Roman war hero..."

Tuesday, June 2, 2009

Father of Algebra...


Muhammad ibn Musa Khwarizmi (محمد بن موسى ابو جعفر الخوارزمي - Muḥammad bin Mūsā Abū Ǧaʿfar al-Ḫawārazmī)
Born around 780, maybe in Khawarizm in Uzbekistan.
Died around 850
A Persian Islamic mathematician, astronomer and geographer.
He worked most of his life as a scholar in the House of Wisdom in Baghdad.

His Algebra, written around 820, was the first book on the systematic solution of linear and quadratic equations.





The al-jabr is considered the foundational text of modern algebra. It provided an exhaustive account of solving polynomial equations up to the second degree, and introduced the fundamental methods of "reduction" and "balancing", referring to the transposition of subtracted terms to the other side of an equation, that is, the cancellation of like terms on opposite sides of the equation.

Al-Khwārizmī's method of solving linear and quadratic equations worked by first reducing the equation to one of six standard forms (where b and c are positive integers)

  • squares equal roots (ax2 = bx)
  • squares equal number (ax2 = c)
  • roots equal number (bx = c)
  • squares and roots equal number (ax2 + bx = c)
  • squares and number equal roots (ax2 + c = bx)
  • roots and number equal squares (bx + c = ax2)

by dividing out the coefficient of the square and using the two operations al-ǧabr (Arabic: الجبر “restoring” or “completion”) and al-muqābala ("balancing"). Al-ǧabr is the process of removing negative units, roots and squares from the equation by adding the same quantity to each side. For example, x2 = 40x − 4x2 is reduced to 5x2 = 40x. Al-muqābala is the process of bringing quantities of the same type to the same side of the equation. For example, x2 + 14 = x + 5 is reduced to x2 + 9 = x.

MaTh JoKeS


"What is Pi?"
A mathematician: "Pi is the ratio of the circumference of a circle to its diameter."
A computer programmer: "Pi is 3.141592653589 in double precision."
A physicist: "Pi is 3.14159 plus or minus 0.000005."
An engineer: "Pi is about 22/7."
A nutritionist: "Pie is a healthy and delicious dessert!"

Monday, June 1, 2009

Ciri-ciri Yang Perlu Ada Pada Seorang Guru Berkesan


Bagaimana dan apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan itu? Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato’ Dr. Abdul Shukor Abdullah

menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan sebagaimana yang disenaraikan berikut:

  1. Bersikap profesional.
  2. Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
  3. Kaya ilmu.
  4. Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.
  5. Bermoral teguh.
  6. Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
  7. Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
  8. Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.
  9. Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
  10. Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.
  11. Mempastikan situasi Guru mengajar murid belajar’ wujud di dalam kelas.
  12. Berupaya melahirkan ‘persekolahan berwatak’ supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.
  13. Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.
  14. Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).
  15. Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.
  16. Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.
  17. Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.