Tuesday, July 28, 2009

Al-Fatihah

IPGM Kampus Darulaman kini kehilangan seorang lagi pensyarah akademik Encik Abu Jalil b Hassan, Timbalan Ketua Jabatan Sains yang telah kembali ke rahmatullah pada 28 Julai 2009 akibat kemalangan di Machang, Kelantan.

Allahyarham merupakan seorang kakitangan yang cukup mesra dan aktif terutama di dalam pelaksanaan MQA IPGM. Seluruh IPGM Kampus Darulaman mengucapkan jutaan takziah kepada keluarga Allahyarham di atas pemergian beliau.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan berkat ke atas roh Allahyarham..amin

No comments:

Post a Comment