Monday, June 8, 2009

Guru Agen Patriotisme...



Baru-baru ini, rakyat Malaysia digemparkan dengan berita cadangan daripada beberapa individu untuk membawa pulang Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng yang merupakan individu yang bertanggungjawab terhadap kekejaman yang berlaku di Tanah Melayu. Cadangan ini hadir daripada individu-individu yang tidak mengenal sejarah tanah air dan tidak mempunyai sifat cintakan negara atau semangat patriotisme di dalam diri mereka. Sebagai seorang guru, tidak kira guru Matematik, guru Sains atau guru subjek apa sekalipun perlu menerapkan sifat cintakan tanah air di kalangan anak bangsa kita kerana guru adalah murabbi dan muallim yang bukan sekadar menyampaikan ilmu malah kita menjadi suara bagi negara tercinta ini. Pastikanlah bahawa Peristiwa Bukit Kepong dan Peristiwa 13 Mei 1969 tidak akan berualang di bumi keramaat ini. Saya menulis rencana ini sekadar untuk meluahkan kekecewaan saya tentang sikap segelintir anak Malaysia, yang lahir di Malaysia yang lupa tentang kepayahan pejuang-pejuang bangsa dalam menumpahkan keringat dan menyabung nyawa mereka mereka bagi mencapai kemerdekaan yang akhirnya melahirkan sebuah negara merdeka yang diberi nama 'Malaysia'...Aku Guru Malaysia, Kita Guru Malaysia, Kami Guru Malaysia !!!

No comments:

Post a Comment